"Nagur Page Waris Samadiatn' Nang Jauh"

Kamis, 13 Maret 2008

Pendidikan Agama Bekal Pergaulan Anak


Persoalan mengenai remaja banyak dibincangkan. Malangnya, hampir setiap pembicaraan isu remaja hanya berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral. Isu lain yang lebih penting kurang diberi perhatian. Semua isu ini mendominasi remaja hingga kita tidak nampak lagi kebaikan golongan itu.

Sebaliknya, masyarakat seakan-akan lupa untuk menyalurkan simpati dan keprihatinan dalam menangani masalah remaja. Kita lebih senang membiarkan masalah remaja ditangani oleh ibu bapa mereka sendiri. Keadaan ini berlaku kerana menganggap itu masalah peribadi sebuah keluarga dan sepatutnya diselesaikan oleh keluarga sendiri. pembangunan remaja saat ini adalah agenda penting yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. karena merupakan ancaman bangsa dan negara.

Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Kecanggihan perkembangan teknologi yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kendali. Sebenarnya, kemelut yang melanda remaja berpuncak dari kepincangan didikan agama dan moral. Masalah ini bukan saja melanda remaja, namun merambak didalam keluarga dan masyarakat.

Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ hasanah (teladan) yang semangkin menyeret remaja jauh terpisah dari kebenaran dan kesedaran. Kegagalan masyarakat dan pemerintah menangani isu remaja merupakan runtuhnya regenerasi pembangunan bangsa dan negara tercinta ini, jika hal ini dianggap sepele. Sehingga kita harus memulai dari hal yang kecil dilingkungan keluarga , masyarakat agar tdak terjebak kedalam masalah sosial yang tidak baik.

0 komentar: