Bapak dan ibu adalah orang yang paling bahagia dengan keberhasilan anak selama bertahun-tahun bergelut didunia pendidikan. Tidak kurang juga yang merasa bimbang kehidupan baru yang bakal ditempuhi anak dikemudian hari. Kini anak seorang diri menimba ilmu dengan kehidupan dengan kawan baru. Mereka bimbang anak tidak dapat menyesuaikan diri dan mungkin salah pergaulan serta memilih teman.
Oleh karena itu kita berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Kehidupan setiap manusia memerlukan seseorang untuk dijadikan sahabat. Tidak ada sesiapa pun yang mampu hidup tanpa mempunyai kawan, Pilihan yang bijak bukan sekadar ketika ingin mendirikan rumah tangga, tetapi juga dalam memilih sahabat. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Kadang orang tua berpesan kepada anak lakinya. Untuk itu ada kiat tertentu sebagai tolak ukur kita memilih seorang sahabat, yaitu :
1) Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2). Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
balik persahabatan kamu
3). Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan
membantu kamu
4). Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan
menerimanya dengan baik
5). Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6). Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7). Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan
mengusahakannya
8). Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan
menanyakan kesusahan kamu
9). Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10). Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan
kamu
11). Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu
kamu
12). Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu." Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!". Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing apakah layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur. Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki? Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat adalah orang tua, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka.
Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka. Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab kita, apakah sudah terlaksana persahabatan itu? Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua orang tua kita? Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapak pula memilih bapak lain sebagai sahabatnya. Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan salah pilih.
Sahabat yang baik umpama penjual kasturi, yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan membalik kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.